Tuesday, October 8, 2013

Tudung Saji Mengkuang

Kegunaan tudung saji adalah untuk menutup hidangan daripada dihinggapi lalat atau terkena habuk dan kotoran lain. Tudung saji juga dijadikan sumber ekonomi bagi penduduk di kawasan luar bandar melalui industri desa (cottage industry). Melalui industri desa juga pendapatan penduduk luar bandar dapat ditingkatkan. Malah ada juga masyarakat Malaysia yang menjadikan tudung saji yang berbagai saiz sebagai hiasan di rumah masing-masing.



Selalunya setiap perayaan mesti nak baru .betul tak ? Selain langsir baru ,baju ,kasut baru dan makan yang dihidang mestilah sedap-sedap belaka .Sementara menunggu tetamu datang mestilah tutup makanan dahulu , jadi apa tunggu lagi mari pakat ramai-ramai usha tengok tudung saji ...Boleh laa beli ikut tema rumah anda.




Tudung saji merupakan hasil kraftangan masyarakat Melayu yang kebiasaannya dihasilkan daripada daun mengkuang, pandan, rotan atau buluh. Terdapat juga tudung saji daripada mengkuang yang disalut dengan kain baldu. Rotan atau buluh yang dibentuk bulat akan dijadikan kerangka tudung saji. Benangnya pula dihasilkan daripada rotan yang telah diraut halus. Daun mengkuang, pandan atau buluh yang telah diraut akan dianyam seperti tikar. Satu bucu yang tajam dihasilkan dengan melengkungkan anyaman tersebut. Bucu yang tajam inilah menjadikan anyaman berbentuk tudung saji. Tudung saji akan dicorakkan dan diwarnakan selepas dibentuk dengan pilihan warna yang dikehendaki. Namun ada juga daun pandan atau mengkuang yang sudah diproses dibubuh pencelup dahulu sebelum ia dibentuk dan dianyam.




Harga Tudung Saji mengkuang ini harganya RM20.00 .



2 comments: